Thursday, August 13, 2009

Perancangan dan halatuju Belia 4B

Salam,

Pelbagai agenda untuk mengetengahkan pemuda-pemuda 300 kaki dalam aktiviti samada dari segi sosial, kerohanian dan ekonomi bakal dirancang oleh pengurusan Belia 4B cawangan SKI. Kita telah mendapat sokongan dari Pegawai Belia dan Sukan daerah Kulim/Bandar Baharu untuk menjayakan sebarang aktiviti dari segi kewangan dan juga moral.

Sebelum ini pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan serta penglibatan anak-anak kampung. Ini merupakan perkembangan sihat bagi melahirkan belia yang menjadi tulang belakang negara dan masyarakat amnya. Usaha untuk menyatukan belia supaya melakukan aktiviti sihat ini patut disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik.

Insya Allah, AJK belia 4B 300 kaki akan berusaha memberikan khidmat dan usaha untuk mempelbagaikan aktivi tnapa mengenal penat dan lelah. Biarpun tanpa sebarang bayaran tetapi setiap gerak kerja yang dilakukan tetap akan dilakukan dengan penuh komited dan bersunguh-sungguh. Tetapi kerjasama setiap warga belia amatlah diperlukan bagi menjayakan semua aktiviti yang bakal dirancangkan.

Amran Hamzah
Setausaha Belia 4B SKI

No comments:

Post a Comment